Konsep dan Tujuh Prinsip Asas Pembangunan Berteraskan Islam

Dampak Perang Dunia Kedua (1945) dan Perang Dingin (1947) telah menyebabkan persaingan antara dua blok politik dunia untuk membangunkan kembali negara-negara mereka. Inisiatif Marshall Plan telah dicetuskan oleh Amerika Syarikat untuk membantu negara-negara Eropah Barat (Blok Barat) sehingga membentuk lingkungan negara-negara kapitalis seperti United Kingdom, Austria, Perancis dan Jerman Barat. Inisiatif Warsaw Pact pula telah …

Trend Global Gerakan Pasca Islamisme : Satu Tinjauan

Kelemahan pentadbiran domestik telah menyebabkan penjajahan kuasa besar Amerika Syarikat dan Rusia di Iran (dulu Persia) seawal 1920-an. Persaingan intervensi politik kuasa luar telah mempengaruhi pemerintahan dinasti Reza Shah. Pelbagai usaha modenisasi dan liberalisasi kerajaan di bawah pengaruh Barat telah mendapat tentangan yang kuat daripada golongan ulama’. Orientasi kumpulan agamawan berpusat di masjid-masjid, sekolah-sekolah agama …

Belanjawan 2019 : Meneroka Ketidaktentuan Ekonomi Negara

Keseluruhan hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 diunjurkan meningkat 10.7% berbanding tahun 2018 daripada RM236.4 bilion kepada RM261.8 bilion. Kerajaan Persekutuan dilihat bergelut untuk menampung kehilangan kira-kira RM20 bilion selepas pemansuhan GST dan pengecualian cukai selama 3 bulan (tax holiday) pada bulan Jun hingga Ogos yang lalu. Berdasarkan Bajet 2019, Kerajaan Persekutuan seolah-olah panik untuk …

Mencetus Model Ekonomi Islam di Malaysia

Profesor Dr Kamal Salih telah melontarkan pandangan supaya Malaysia melaksanakan model ekonomi yang berteraskan prinsip-prinsip Islam bagi menangani isu pengagihan kekayaan, kesenjangan pendapatan, keadilan ekuiti, kegagalan institusi, monopoli dan kebajikan sosial. Beliau yang juga merupakan seorang Profesor Adjung di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Ekonomi Malaya, telah mengemukakan pendapatnya ketika bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (Council …