Political Economy

Ke Mana RM299 Bilion Akan Dibelanjakan Pada Tahun 2020?

Dua fokus utama Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan. Pertama, keberkesanan perbelanjaan berdasarkan pendekatan kaedah Belanjawan Berasaskan Sifar. Kedua, ketelusan perbelanjaan dengan pelaporan berakauntabiliti. Dua prinsip utama tersebut harus diaplikasikan bagi memulihkan kewangan fiskal, memberi nilai faedah dan kesan berganda dalam kitaran ekonomi. 

Analisis Hasil Kerajaan Persekutuan Berdasarkan Belanjawan 2020

Prestasi Hasil Sebelum Belanjawan 2020 Setelah Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, antara perkara utama yang dilakukan ialah penetapan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun 2018 hingga 31 Ogos 2018. Tiga bulan ‘tax holiday’ menyebabkan Kerajaan Persekutuan kehilangan hasil kira-kira RM20 bilion. Sebaliknya, tindakan GST sifar juga telah meningkatkan …

Zakat Sebagai Alat Dasar Fiskal

Allah mensyariatkan zakat untuk membina kerukunan hidup sesama manusia. Ia berasaskan kepada tonggak akidah untuk memenuhi keperluan masyarakat serta negara. Zakat telah disistemkan secara bersepadu. Kelayakan pemberi, jenis barang, jumlah nilai, tempoh masa, pihak pengurusan dan sasaran penerima telah diperincikan menerusi sumber Syariah dan ijtihad fuqaha’. Seolah-olah sistem zakat telah dikawal penstrukturannya supaya tidak sewenang-wenangnya …

Hutang Kerajaan Persekutuan Pernah Lebih 100% Daripada KDNK

Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat pinjaman bagi membiayai pengurusan dan pembangunan negara. Instrumen hutang Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada akta iaitu Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, Akta Pinjaman (Tempatan) 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983, Akta Pinjaman Luar Negeri 1963. Semua urus niaga penerimaan pinjaman dan pembayaran balik pinjaman diakaunkan dalam …

Dilema Dasar Afirmatif

Imperialisme British ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak mengembangkan sektor ekonomi. Permintaan buruh terlalu tinggi khususnya dalam sektor perladangan dan perlombongan. Desakan ekonomi tersebut telah menyebabkan pihak Britih membuka kemasukan imigran ke Tanah Melayu secara besar-besaran. Berdasarkan rekod, dianggarkan seramai 15 juta orang Cina telah memasuki Tanah Melayu pada kurun ke-19 sehingga tahun 1940. Demi …

Kewangan Kerajaan Persekutuan Selepas 365 Hari Pakatan Harapan

Dua dapatan tinjauan pendapat awam berkaitan ekonomi telah diterbitkan baru-baru ini. Pertama, KAJIDATA Research membuat tinjauan melalui telefon kepada 1,007 responden dan mendapati 43 peratus tidak berpuas hati dengan pengurusan ekonomi yang dikendalikan oleh PH. Kedua, The Edge menjalankan tinjauan dalam talian dan berjaya mengumpulkan maklum balas seramai 37,262 responden. Berdasarkan tinjauan tersebut, sebanyak 40.50% …

Kumpulan Kelas Menengah & Pengaruh Terhadap Politik

Pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan pendapatan isi rumah telah mengubah struktur masyarakat. Ramai individu telah keluar daripada paras kemiskinan dan membentuk trend baru iaitu kemunculan kumpulan kelas menengah yang lebih besar. Pentakrifan kumpulan kelas menengah adalah sesuatu yang kompleks. Tidak wujud satu takrif yang universal untuk diaplikasikan kerana kumpulan ini mencakupi sifat yang ‘heterogeneus’. Lewis …

Malaysia Tanpa GST dan SST

Masih terlalu awal untuk menelah hasil Kerajaan Persekutuan, tetapi ia sudah dapat dijangka berdasarkan beberapa tindakan tidak popular yang diambil untuk menjustifikasikan kondisi semasa. Bermula dengan gambaran kurang tepat berkaitan hutang negara RM1 trilion dan disusuli seterusnya dengan penangguhan harga petrol dan tol. Kemudian, beberapa projek mega dikaji semula. Ratusan projek untuk rakyat di kawasan …

Kontroversi ICCPR

Penegasan pertama YB Datuk Saifuddin Abdullah selepas menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Malaysia secara rasmi pada 2 Julai 2018 adalah komitmen kerajaan untuk meratifikasi baki enam lagi Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Manusia yang masih tertangguh sejak 1965. Sebelum ini, beliau juga pernah menyatakan komitmen yang sama ketika berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Moderates Movement …

Konsep dan Tujuh Prinsip Asas Pembangunan Berteraskan Islam

Dampak Perang Dunia Kedua (1945) dan Perang Dingin (1947) telah menyebabkan persaingan antara dua blok politik dunia untuk membangunkan kembali negara-negara mereka. Inisiatif Marshall Plan telah dicetuskan oleh Amerika Syarikat untuk membantu negara-negara Eropah Barat (Blok Barat) sehingga membentuk lingkungan negara-negara kapitalis seperti United Kingdom, Austria, Perancis dan Jerman Barat. Inisiatif Warsaw Pact pula telah …