Latest Entries

News

Tawar Diri Debat Idea UG Dengan Presiden GAMIS

June 24, 2009 · Leave a Comment 

Ekoran daripada cabaran Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengenai idea Kerajaan Perpaduan terhadap Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS, saya dengan rasa rendah diri ingin menawarkan diri berdebat dengan beliau.   

Saya merasa terpanggil mengajak kepimpinan GAMIS untuk berdiskusi dan berdebat secara ilmiah mengenai idea dan implikasi Kerajaan Perpaduan di Malaysia. Ini adalah idea politik yang digagaskan oleh Presiden PAS untuk menyeru ahli akademik, ahli politik malah anak muda untuk berbicara soal itjihad politik yang dilontarkan pasca Pilihanraya Umum ke12.

Saya juga ingin meletakkan syarat bahawa debat atau diskusi ini tidak perlu dipengaruhi oleh sentimen ahli politik atau masalah dalaman parti PAS (jika ada), tetapi ia mesti berlandaskan kepada idea dan implikasinya di Malaysia.

Saya meletakkan syarat begitu supaya ia tidak cenderung untuk menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya ia dijadikan sebagai hasilan akademik. Malah, ia boleh dijadikan agenda untuk menyemarakkan sifat inkuiri, intelektual dan politik berteraskan idea dikalangan mahasiswa.


Penularan Wabak Influenza A Peringkat Domestik

June 22, 2009 · Leave a Comment 

Saya mengikuti secara berkala perkembangan wabak Influenza A (H1N1) di Malaysia melalui laman rasmi Kementerian Kesihatan. Sehingga 15 Jun, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan bahawa kes-kes positif di Malaysia adalah disebabkan ia diimport daripada negara-negara yang terbabit dalam wabak ini seperti Australia, Amerika Syarikat dan Mexico. [Read more]


Selected Photos

Chatting


Announcement